Sabtu, 20 Februari 2016

kesan lgbt dalam masyarakat

LGBT, Keburukkan Kepada Rakyat, Usaha-Usaha Mengiktiraf LGBT Di Malaysia Dan Usaha Kita Untuk Menolak LGBT
Sejak akhir-akhir ini, isu gejala yang tidak sihat semakin menular terutamanya dalam kalangan remaja. Antara Isu yang hangat diperkatakan ialah hubungan cinta dan hubungan sejenis. Fenomena ini  menjadi semakin ketara dalam masyarakat kita hari ini. Perkara ini amat membimbangkan sesetengah pihak serta menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat. Kewujudan fenomena baharu iaitu Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgander atau lebih dikenali sebagai LGBT ini amatlah membimbangkan. Sebenarnya gejala yang tidak sehat ini bukanlah suatu fenomena baharu tetapi istilah LGBT merupakan istilah yang baharu diperkenalkan serta hangat diperkatakan. Hal ini menjadi lebih rumit apabila ada pihak yang cuba pertahankan golongan LGBT ini. Malah pihak tersebut cuba membuat permohonan kepada pihak berkuasa supaya golongan ini mendapat pengiktirafan di Malaysia. Namun, bagi masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama yang baik serta nilai moral yang tinggi, sudah pasti menolaknya dan melihat ianya sebagai satu gejala yang tidak sehat dan tidak bermoral.
LGBT bukan lagi isu asing dalam negara kita. Walaupun ianya menjadi isu yang disembunyikan oleh pihak tertentu namun, ianya tersebar luas melalui media baharu. Secara logiknya, gejala LGBT ini menyalahi fitrah manusia yang normal. Aktiviti yang dilakukan oleh pengalamal LGBT ini bertentangan dengan kehendak agama dan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Setiap makhluk yang diciptakan oleh ALLAH adalah yang terbaik kerana ALLAH merupakan pencipta yang terbaik. Walau bagaimanapun, ianya kembali kepada kehendak individu tersebut dalam memandu diri mereka ke jalan yang baik atau sebaliknya.
Fenomena LGBT ini memberi kesan yang sangat mendalam kepada agama, individu serta masyarakat. Paling menyedihkan, makin ramai umat Islam yang terlibat dengan gejala ini. Walhal, perkara ini bertentangan dengan pendirian Islam yakni yang menentang gejala seperti ini. Dalam usaha untuk menangani gejala ini, kita perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antara cabaran yang berat ialah terdapat sebilangan pihak yang menyokong pengiktirafan LGBT ini. Tanpa kita sedari, jika isu LGBT ini tidak ditangani dengan pantas dan cekap, ia akan mengganggu gugat kedudukan agama Islam selaku agama rasmi di Malaysia.
DEFINISI
Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender atau akronimnya sebagai LGBT ini juga dianggap sebagai satu penyakit mental, kerana telah melawan fitrah. Fitrah kehidupan manusia yang normal ialah hidup berpasang-pasangan. Sebagaimana telah diciptakan oleh ALLAH, lelaki pasangannya adalah perempuan, begitu juga dengan haiwan, jantan pasangannya adalah betina, baik pasangannya jahat, cantik pasangannya ialah huduh. Kesimpulannya, setiap makhluk yang diciptakan oleh ALLAH di muka bumi ini berpasang-pasangan. Ini adalah fitrah setiap ciptaan Yang Maha Esa.
Menurut (Bieschke, 2011),  perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum perempuan dikenali sebagai lesbian. Golongan ini mudah jatuh cinta dan kasih sesama mereka. Mereka juga mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup bersama selama-lamanya. Menurut penulis buku ini lagi , Sappho merupakan seorang penyair Yunani yang hidup sekitar abad ke-6 dan ke-7 dan beliau pernah menulis atikel tentang cinta seorang perempuan dengan perempuan yang lain. Sappho dikatakan tinggal di sebuah pulau di Lesbos. Perkataan “Lesbian” juga dikatakan berasal dari pulau ini.
Golongan lesbian ini bukan golongan yang biasa, mereka adalah golongan yang istimewa. Sesetengah daripada mereka merasakan kurang sopan apabila berada dalam masyarakat yang tidak mengamalkan gejala ini. Segelintir daripada mereka akan merasa kurang selesa bila berpakaian dengan pakaian perempuan, mereka lebih selesa apabila memakai pakaian lelaki sebagai hiasan tubuh. Mereka juga lebih cenderung untuk melakukan aktiviti lasak yang selalu dilakukan oleh golongan lelaki seperti bersukan (Bieschke, 2011).
Perkataan Gay sering kali digunakan untuk merujuk kepada pasangan sejenis iaitu lelaki dengan lelaki. Gay juga merupakan satu gejala yang tidak sehat kerana individu tersebut mudah tertarik dengan kaum sejenis. Perkara ini dilarang sama sekali dalam Islam. Menurut Bieschke (2011), gay bermaksud seorang lelaki yang mempunyai emosi dan keinginan seksual terhadap lelaki lain. Golongan ini sangat mudah tertarik dengan lelaki lain terutamanya kepada lelaki yang mempunyai rupa paras menarik, tampan, bergaya, bertubuh sasa dan sebagainya.
Menurut Bieschke (2011) lagi, perkataan gay ini juga membawa maksud homoseksual. Dari sudut yang lain pula, ia membawa maksud “seronok” dan “riang”. Seronok yang dimaksudkan ialah mereka merasa lebih seronok dan bahagia apabila aktiviti yang mereka lakukan mendapat perhatian daripada pihak yang lain. Apatah lagi, mereka mempunyai pasangan yang memahami jiwa mereka dan kehendak mereka. Tidak hairanlah, pada zaman sekarang golongan gay ini mampu menubuhkan persatuan mereka yang bergerak secara senyap dan aktif.
Biseksual adalah merujuk kepada individu yang mempunyai kecenderungan untuk melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan (internet/mak.andak blog). Golongan seperti ini mempunyai keinginan seks yang melampau kerana mereka rela dan seronok apabila melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina. Biseksual adah istilah untuk orang yang tertarik secara seksual baik terhadap lelaki mahupun perempuan. Biseksual juga didefinisikan sebagai orang yang memiliki ketertarikan secara psikologi, emosional dan seksual terhadap lelaki dan perempuan
Seorang yang  mengalami biseksual akan menjalinkan hubungan asmara dalam tempoh waktu tertentu dengan seseorang daripada gender yang sama, kemudian di waktu yang lain, pelaku biseksual akan menjalinkan hubungan serius dengan seseorang dari jantina yang berbeza pula menurut seorang pengamal blog melalui blognya (http://ramuanboyke.com/blog/waspadai-gejala-biseksual/). Jelas disini bahawa biseksual bukanlah satu gejala yang memberikan manfaat dan juga kesihatan yang baik. Apabila hubungan seks dilakukan dengan ramai pasangan, melibatkan jantina yang berbeza pula, ia akan mendatangkan kemudaratan pada si pelaku.
Manakala Transeksual atau transgender ialah satu keadaan di mana seseorang cenderung mengenalpasti diri mereka dengan gender yang tidak konsisten dengan jantina biologi mereka. Biasanya mereka akan melakukan beberapa usaha perubatan untuk menukar keadaan fizikal mereka supaya menyerupai jantina berlawanan. Menurut beberapa pengkaji, golongan transeksual ini mengalami kecelaruan gender iaitu merasai dirinya terperangkap dalam tubuh yang salah, di mana mereka berkeinginan untuk memiliki jantina yang berlawanan dari yang ditentukan sejak lahir. ( http://www.scribd.com/doc/90353819/Biseksual-dan-Transgender-Cabaran-Jati-Diri-Malaysia)
LGBT DARI PERSPEKTIF ISLAM
Semua manusia sama ada lelaki atau perempuan setaraf di sisi Tuhan. Selain daripada identiti jantina tersebut, semua agama mengakui terdapat manusia yang mengalami kekeliruan identiti jantina. Hal ini, turut memberi kesan kepada orientasi seksualnya. Dalam Islam, ia dikenali sebagai khunsa yang terbahagi kepada dua; khunsa wadhih dan khunsa mushkil. Kecelaruan identiti jantina transgender dan khunsa disebabkan oleh beberapa faktor, khasnya genetik, hormon, persekitaran dan psikologi. Masalah utama kebanyakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ialah dosa dan mental, bukannya genetik dan lain-lain           (http://www.jawi.gov.my/Pangkalan%20Ilmu/Transgender%20Dari%20Perspektif%20Islam.pdf). Dalam pada itu, khunsa juga merupakan orang yang dilahirkan dengan kecacatan alat kelamin. Kecacatan tersebut sama ada tidak ada alat kelamin atau memiliki dua alat kelamin lelaki dan wanita  (Alias Othman dan Dr. Anisah bt Ab. Gani, 2007). Menurut penulis ini lagi, alat kelamin lelaki dan wanita tersebut berfungsi atau tidak berfungsi. Penulis ini juga menyatakan bahawa aurat khunsa menurut Mazhab Hanafi adalah sama dengan aurat wanita.
Sejarah telah membuktikan bahawa golongan LGBT ini tidak diterima oleh ALLAH. Hal ini telah dibuktikan melalui sejarah yang telah berlaku pada zaman Nabi Lut a.s. Beliau diutuskan oleh ALLAH untuk kaum yang sangat degil dan selalu membuat bencana iaitu kaum Sadum. Keinginan dan aktiviti kaum Sadum ini sangat aneh. Mereka gemar melakukan rompakan dan samun di tengah jalan. Bagi golongan lelaki kaum Sadum ini, mereka tidak mempunyai keinginan terhadap kaum wanita walaupun sedikit, malah mereka lebih tertarik kepada lelaki. Mereka tidak akan berkahwin kecuali dengan pasangan yang sama jenis jantinanya.
Nabi Lut a.s adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. Tanggungjawab yang dipikul oleh Nabi Lut a.s amatlah berat. Beliau terpaksa berhadapan dengan kaum yang amat derhaka kepada ALLAH serta melawan fitrah kejadian manusia. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Nabi Lut a.s. Namun, usaha yang dilakukan menemui kegagalan. Malah, baginda pernah diugut supaya menghentikan dakwahnya. Kaumnya juga pernah mencabar Nabi Lut a.s supaya mendatangkan seksaan ALLAH kepada mereka sekiranya dia benar-benar seorang nabi. Akhirnya Nabi Lut berdoa pada ALLAH, “ Ya Allah, tolonglah aku untuk melawan kaum yang membuat bencana ini”.
Tidak lama kemudian, Allah swt telah memerintahkan beberapa orang malaikat untuk berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s bagi memberitahu bahawa kaum dan negeri Nabi Lut a.s akan ditimpa bencana oleh ALLAH. Serentak dengan itu, Nabi Ibrahim bertanya kepada malaikat, adakah Nabi Lut a.s dan ahlinya akan terlibat sama dalam bencana tersebut. Dijawab oleh para malaikat yang datang menemuinya ketika itu bahawa Nabi Lut a.s dan ahlinya akan diselamatkan oleh ALLAH kecuali isterinya sahaja. Sesungguhnya ALLAH itu berkuasa menyelamatkan mana-mana hamba yang dikehendakiNYA.
Beberapa hari selepas itu, ALLAH  telah memerintahkan beberapa orang malaikat untuk menziarahi Nabi Lut a.s. untuk mengkhabarkan berita bencana yang akan diturunkan. Para malaikat yang datang menziarahi Nabi Lut telah menyamar sebagai seorang lelaki kacak. Nabi Lut a.s. merasa terkejut tatkala dikhabarkan dengan berita bencana itu, namun baginda telah ditenangkan oleh malaikat bahawa baginda tidak perlu bimbang kerana baginda dan ahlinya akan selamat kecuali isterinya yang derhaka itu.
Peristiwa kehadiran malaikat ke rumah Nabi Lut a.s dapat dihidu oleh kaumnya. Mereka sama sekali tidak tahu bahawa lelaki yang ada di dalam rumah Nabi Lut a.s itu adalah malaikat. Mereka segera ke rumah Nabi Lut a.s lalu mendesak baginda supaya menyerahkan lelaki itu kepada mereka untuk dikahwini. Serentak dengan itu, Nabi Lut a.s berkata kepada kaumnya, “ Wahai kaumku, aku sama sekali tidak keberatan untuk menyerahkan anak gadisku kepada kamu untuk kamu kahwini, nescaya aku akan menyerahkan dengan senang hati, tetapi, jangan sesekali kamu inginkan akan tamu-tamuku ini, apakah tidak waras fikiran kamu lagi? Tolonglah jangan membuat aku malu dihadapan tetamuku ini”. Itulah, kata-kata Nabi Lut a.s kepada kaumnya.
Berlaku perbalahan antara Nabi Lut dan kaumnya, yang mana kaumnya yang degil itu tetap mahukan lelaki itu. Mereka tidak mahukan anak gadis Nabi Lut a.s. Serentak dengan itu, para malaikat tersebut telah memberitahu kepada Nabi Lut a.s supaya segera meninggalkan negerinya pada malam tersebut kerana ALLAH akan menurunkan bencana pada keesokkan harinya. Nabi Lut a.s bersama ahlinya segera meninggalkan negeri mereka pada malam itu kecuali isterinya yang derhaka itu.
Pada keesokkan harinya, seperti yang dijanjikan ALLAH, telah berlaku satu bencana besar yang amat dahsyat kepada kaum Sadum. Negeri mereka telah ditimpa dengan tanah runtuh yang amat dahsyat hingga tidak ada seorang pun yang terselamat. Kesemuanya telah ditenggelamkan oleh ALLAH dengan timbunan tanah dan kaum Sadum telah dimusnahkan oleh ALLAH. Demikianlah balasan ALLAH terhadap kaum yang ingkar dengan arahanNYA.
Kisah sejarah Nabi Lut a.s telah diceritak oleh ALLAH di dalam Al-Quran, firman ALLAH yang bermaksud :
“Dan (Kami juga Telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia Berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah (keji) itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu?”  Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu Ini adalah kaum yang melampaui batas.”(QS. Al A’raf 80-81).
Daripada ayat di atas, jelaslah disini bahawa aktiviti LGBT ini adalah songsang dan dibenci oleh ALLAH. Seperti kisah kaum Sadum yang diturunkan bala oleh ALLAH telah cukup menggambarkan kepada kita bahawa LGBT adalah satu aktiviti yang haram dan keji. Hal ini kerana LGBT ini melawan fitrah manusia yang telah diciptakan oleh ALLAH sebagai berpasang-pasangan.
ALLAH swt telah menciptakan manusia ini dengan beberapa tujuan antaranya ialah seperti yang disebutkan dalam surah al-Nisa, firman ALLAH yang bermaksud :
“ Hai sekalian manusia, bertakwalah kamu kepada TuhanMu yang telah menciptak kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkambang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak “ (Surah al-Nisa’: 1)
Apa yang dapat kita fahami daripada ayat di atas? ALLAH telah menciptakan manusia ini berpasang-pasangan, dan daripada pasangan tersebut akan lahir zuriat atau pewaris bagi meneruskan generasi. Ini telah membuktikan bahawa gejala LGBT telah lari daripada tujuan penciptaan manusia ke muka bumi ini. Apakah anak boleh dilahirkan melalui aktiviti seks kaum sejenis? Sama sekali, anak tidak dapat dilahirkan melalui aktiviti tersebut.
ALLAH berfirman dalam al-Quran yang bermaksud :
“ Maka tatkala datang azab Kami, Kami balikkan jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah terbakar secara bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim” (Surah Hud: 82-83)
KESAN LGBT KEPADA MASYARAKAT
Kepesatan perkembangan LGBT dalam negara ini amat membimbangkan. Ramai anak muda yang sudah terjebak dan terikut-ikut dengan aktiviti mereka. Gejala ini sangat memberi kesan kepada agama, negara dan masyarakat. Kegiatan dan aktviti yang mereka lakukan amatlah memalukan dan menjijikan hingga ada antara mereka sudah berani memdedahkan gambar-gambar aksi bersama pasangan di facebook, twitter dan Instagram. Pernahkah kita terfikir, apakah kesan-kesan yang terpaksa kita hadapi akibat daripada perbuatan mereka? Berikut merupakan kesan daripada gejala LGBT ini :

Kesan Kepada Individu
Seseorang yang terlibat atau melibatkan diri dalam kancah LGBT ini ibarat terjun ke dalam sebuah kolam kotor yang sangat dalam dan sukar untuk naik semula. Begitulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada mereka yang menyertai gejala ini tanpa berfikir panjang. Malah ada antara mereka yang pandai berlakon. waktu siang hari bekerja seperti biasa, dan malam hari mereka “bekerja” sebagai pelayan di kelab-kelab malam terutamanya.
Tanpa kita sedari, mereka yang terlibat dalam gejala ini telah menyebabkan maruah mereka tercalar. Hidangan yang akan mereka perolehi ialah cemuhan, makian, ejekan, sindiran dan kata-kata kesat daripada orang sekeliling. Di barat, sudah ada pasangan sejenis yang berkahwin dan hidup seperti suami isteri. Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Walaupun mereka tidak berkahwin, tetapi mereka tinggal serumah atau mungkin menyewa bilik dan tinggal sebilik.
Individu yang terlibat dengan gejala ini, telah menjatuhkan maruahnya secara tidak sedar ataupun ada yang sedar maruahnya telah jatuh namun, akibat turutkan nafsu yang songsang, soal maruah dibuang ke tepi. Soal keseronokkan menjadi keutamaan. Kecelaruan yang mereka alami telah menyebabkan masa depan mereka gelap dan hancur.
Kesan lain ialah mereka akan dibuang daripada masyarakat. Hal ini kerana aktiviti yang mereka lakukan amatlah bertentangan dengan norma kehidupan seorang manusia. Sebuah masyarakat yang normal, perlu mempunyai adat dan pegangan agama yang kuat. Masyarakat memang tidak dapat menerima golongan seperti ini kerana ia akan memalukan masyarakat tersebut.

Kesan Kepada Masyarakat
LGBT bukan lagi satu rahsia, ianya telah menjadi perbualan hangat di negara kita dan topik perbincangan dalam kalangan masyarakat. Mengapa ia menjadi isu hangat? Kerana ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada institusi kemasyarakatan. Golongan ini ibarat satu wabak yang akan menjadi kanser.(http://www.malaysiakini.com/news/195695)
Dalam kehidupan bermasyarakat, seseorang yang tidak mematuhi peraturan masyarakat, ianya akan disingkirkan daripada masyarakat tersebut. Hal ini kerana mereka akan membawa masalah dalam masyarakat. Sebagai contoh, golongan LGBT atau ahli masyarakat yang terlibat dengan LGBT akan diusir oleh masyarakat kerana dikhuatiri akan mempengaruhi individu lain untuk menyertai mereka. Sekiranya ia berlaku, masyarakat yang terlibat akan menanggung malu dan kehormatan masyarakat tersebut akan jatuh.
Dapat kita lihat disini, kesan LGBT terhadap masyarakat amatlah dasyat, kerana ia melibatkan maruah sekumpulan manusia yang sentiasa menjaga adat tata susila dan pegangan agama. Gejala sebegini menggugat institusi kekeluarga di Barat. Malahan, mengancam institusi kekeluargaan masyarakat Timur, Asia dan Asia Barat. Dalam soal ini, ianya mencerminkan satu mala petaka (Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin dan Jamaludin Tubah, 2006). Menurut penulis buku ini juga, ianya boleh menjahanamkan institusi keluarga yang akan menimbulkan banyak kepincangan sosial, budaya, psikologi, agama, etika, dan moral. Di samping itu, mereka juga menyatakan bahawa kehancuran institusi keluarga menandakan kehancuran umat manusia.

Kesan LGBT Kepada Agama
Agama adalah panduan hidup bagi pengantunya dan dalam agama mempunyai tatacara hidup yang sempurna dan baik. Yang pasti sama ada Islam, Hindu, Buddha, Sikh dan agama-agam lain turut menolak LGBT ini. Mengapa? Kerana aktiviti LGBT ini amatlah dilarang dalam semua agama. Seperti yang telah diceritakan di awal atikel ini, kisah kaum sadum yang dibinasakan oleh ALLAH akibat perbuatan jijik mereka, sudah cukup membuktikan bahawa Islam menentang dan melarang umatnya terlibat dengan LGBT.
Tujuan setiap perkahwinan adalah untuk meramaikan umat manusia di muka bumi ini. Setiap pasangan Islam haruslah melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Bagi Bagi merealisasikan tujuan ini, ia mesti melalui ikatan perkahwinan yang sah. Dan berlaku persetubuhan antara suami dan isteri.
Cuba anda bayangkan, seorang lelaki bersuamikan lelaki dan seorang perempuan beristerikan perempuan. Mereka berkahwin tanpa melalui kaedah yang betul dan hidup bersama. Dari sudut sains, apabila sperma yang dimiliki oleh lelaki disenyawakan dengan ovum yang dimiliki oleh perempuan, baru akan terhasil janin. Sekiranya amalan LGBT ini berleluasa maka, matlamat Islam untuk meramaikan umat tidak dapat dicapai degan baik.
Selain itu, timbul pula pelbagai masalah kerana matlamat rumahtangga yang kabur. Islam menggalakkan perkahwinan kerana untuk mendapatkan keredhaan ALLAH, mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan mengawal hawa nafsu dengan cara yang halal. Sekiranya salah seorang pasangan suami atau isteri yang terlibat dengan LBGT ini, sudah pasti akan memberikan tekanan emosi kepada pasangan masing-masing. Kesannya juga kadangkala tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadat harian yang wajib ditunaikan oleh orang Islam.
USAHA MENGIKTIRAF LGBT DI MALAYSIA
Malaysia telah dikejutkan dengan isu gerakan kemanusiaan yang ingin perjuangkan kebebasan di Malaysia. Namun, gerakan ini juga mendapat tentangan daripada pelbagai pihak. LGBT dilihat begitu aktif dalam kalangan remaja kita, terutama remaja Islam. Fahaman atau ikutan yang dibawa dari barat, berjaya menarik minat ramai individu di Malaysia.
Individu yang dikatakan aktif menuntut hak LGBT dalam negara kita ialah Ambiga Sreevanasan. Beliau juga dikenali sebagai wanita besi kerana semangatnya berjuang menentang arus. Beliau menuntut supaya LGBT mendapat pengiktirafan di Malaysia dan diberi hak kebebasan untuk menjalankan aktiviti mereka. Beliau telah menerima kutukan dan kritikan daripada pelbagai pihak. Namun, ada juga pihak-pihak yang memberikan sokongan kepada beliau. Ternyata pengaruh beliau dalam menyuarakan hak LGBT amat kuat .(http://www.scribd.com/doc/105473266/Pengenalan-LGBT).
Pada tahun 2012, Ambiga Sreevanasan telah membuka sejarah baharu di Malaysia apabila beliau lantang menyuarakan sokongan beliau ke atas golongan LGBT. Walaupun perjuangan beliau bertentangan dengan nilai, etika dan keagamaan di Malaysia namun, suara beliau dalam memperjuangkan LGBT ini tetap mendapat perhatian. Perjuangan beliau mendapat tentangan daripada rata-rata penduduk Malaysia yang beragama Islam.(http://www.scribd.com/doc/105473266/Pengenalan-LGBT).
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berpelembagaan dan agama Islam sebagai agama rasmi. Oleh itu, perjuangan yang dibawa oleh Ambiga amatlah tidak sesuai dengan perlembagaan negara kita. Hal ini kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak seharusnya diteruskan.
Selain itu, Comango (The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) merupakan pertubuhan hasil gabungan 54 badan NGO di Malaysia. Pertubuhan ini telah mengemukakan tuntutan supaya LGBT diberikan hak kebebasan tanpa sekatan dan mendapat pengiktirafan di Malaysia. (http: //rmf7. wordpress.com /2014/03/26/comango-bantah-keputusan-malaysia-menghalang-aktiviti-lgbt-seks-songsang/).
Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak “Sexual Orientation ang Gender Identity” (SOGI) terutamanya hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Implikasi perkara ini akan membawa kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis. Kesungguhan yang ada dalam jiwa mereka dalam memperjuangkan hak kebebasan manusia terutamanya LGBT amatlah tinggi. (http:// atiqahabsamad. blogspot.com /2014/04/ bh-isu-comango-usaha-membaratkan.html).
ABIM (Angkatan Belia Islam Malysia) turut mengambil berat tentang beberapa pendirian kerajaan terhadap syor-syor yang dianggap kontroversi yang berkaitan dengan Islam dan Perlembagaan. Sebagai contoh ialah syor yang berkenaan dengan kebebasan beragama dan syor berkaitan pengiktirafan amalan hubungan sejenis oleh golongan LGBT iaitu agar Seksyen 377 Kanun Keseksaan dimansuhkan. Manakala syor berkaitan sistem perundangan Syariah yang perlu dikaji semula. Syabas buat kerajaan Malaysia di atas pendirian yang jelas dan tegas dengan mengambil kira pelbagai faktor sebagai asas penolakan syor-syor ini. Oleh yang demikian, cadangan untuk memansuhkan Seksyen 377 Kanun Keseksaan agar tidak menjadikan pelaku hubungan homoseksual atas dasar suka sama suka adalah satu cadangan yang agak melampau dan bukan sahaja ianya bertentangan dengan ajaran agama malah ia turut bertentangan dengan nilai moral(http://chedinsphere.blogspot.com/2014/04/artikel-penambahbaikan-pencapaian-hak.html).
Keberanian mereka dalam memperjuangkan LGBT ini perlu dipuji, tetapi perjuangan yang mereka juangkan itu, adalah bertentangan dengan amalan rakyat Malaysia.
USAHA KITA MENOLAK LGBT
Islam mempunyai alasan yang amat kukuh dengan melihat amalan ini sebagai satu gejala yang jauh menyimpang daripada fitrah kejadian manusia yang beradab dan berakhlak mulia. Penolakkan gejala ini perlu dilakukan dengan kerjasama daripada pelbagai pihak. Terutamanya pihak kerajaan serta pihak-pihak yang berkaitan dengan agama dan undang-undang. Keterlibatan daripada badan-badan NGO dan sukarelawaan juga amat diperlukan.
Pada 19 November 2012, beberapa media perdana tempatan telah melaporkan tentang perisytiharan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN yang telah disepakati dan ditandatangani seluruh kepimpinan Negara-negara ASEAN. Sangat menarik khususnya apabila media turut melaporkan pendirian pucuk kepimpinan Malaysia yang menolak perkara mengenai hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di dalam Deklarasi tersebut.(http:  //www .anwaraidc .com/?p=29329).
Pendirian yang ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia sangat jelas menyatakan bahawa gejala ini tidak layak untuk diberikan hak kebebasan dan pengiktirafan. Walaupun ada beberapa pihak yang menyuarakan supaya gejala ini perlu diberi kebebasan. Disamping itu, institusi-institusi yang berkaitan dengan agama perlu memberi tumpuan pada gejala ini. Ini kerana, ianya melibatkan maruah agama. Pemahaman gejala ini telah menyimpang hinggakan ada yang menganggap gejala ini bukanlah sebagai satu penyakit mental, malah ia dianggap normal. Inilah yang perlu dibenteras dan dibendung.
Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mengkritik dan menentang terhadap sebarang usaha untuk memperjuangkan hak asasi manusia berdasarkan ketaksuban ideologi hak asasi manusia berteraskan acuan sekular semata-mata. Di Malaysia, wujud semakin banyak pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dalam memperjuangkan Hak Asasi Manusia yang kononnya mendakwa memperjuangkan nilai-nilai universal. Tetapi, pada hakikatnya menjadi boneka bagi musuh-musuh yang anti-kehidupan beragama dan bertekad menghapuskan budaya serta nilai-nilai setempat (http:  //www .anwaraidc .com/?p=29329).
KESIMPULAN
Isu berkaitan LGBT ini yang membawa kepada fahaman budaya songsang serta melawan arus. Mereka yang memilih serta terjebak dalam budaya songsang ini dengan jelasnya telah melakukan sesuatu yang tidak normal serta tidak menghormati institusi keluarga, agama dan aspek moral. Akibat daripada pembudayaan negatif ini, kemusnahan sistem sosial akan berlaku dengan pecanggahan nilai dan adat budaya timur. Dalam usaha untuk membangunkan dan mengekalkan nilai murni yang baik, anak-anak yang terjerumus ke dalam gejala LGBT tidak patut disisihkan dan dibiarkan. Mereka perlu diberikan perhatian secukupnya bagi menyedarkan mereka bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah salah. Institusi kekeluargaan dilihat agen yang paling penting untuk menyedarkan golongan ini.
Oleh itu, janganlah kita memandang rendah dan bersikap diam diri dengan alasan hal ini tidak melibatkan diri kita. Sesungguhnya bala ALLAH itu tidak turun hanya pada orang yang melakukan kesalahan sahaja tetapi orang yang tidak bersalah pun turut menerima bala. Oleh itu, sudah menjadi kewajipan kita untuk membendung dan menegah gejala ini yang semakin menular dengan begitu cepat. Firman ALLAH di dalam surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud :
“ telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana ALLAH hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
Sebagai kesimpulannya, Islam menggalakka, kebaikan dan menegah kemungkaran. Sama-samalah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan. Tindakan kita pada hari ini akan menentukan masa depan kita pada hari esok. Yakinilah bahawa setiap cabaran dan usaha ada penyelesaiannya.

muhammad akmal abdullah
20/02/2016
GB02449